
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu hari ini berkata peguamnya, Gobind Singh Deo dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pejabat Peguam Negara.
Katanya, beliau juga mengesahkan statusnya di laman web imigresen dan ditunjukkan sebagai “tiada halangan”.
Pada 22 Julai tahun lalu, pegawai imigresen menghalang Tony yang pada ketika itu hendak ke Indonesia.
Tony dimaklumkan yang ketua pengarah imigresen mengeluarkan sekatan perjalanan selepas diberitahu polis yang Tony sedang disiasat di bwah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana pembabitannya dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
Tony mencabar perintah sekatan itu di Mahkamah Tinggi, namun mahkamah pada Julai lalu memutuskan ketua pengarah imigresen berbidang kuasa menghalang seseorang daripada meninggalkan negara.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah berkata ketua pengarah mempunyai kuasa untuk menyekat seseorang daripada ke luar negara di bawah Akta Imigresen.
“Isu utama dalam kes ini ialah di bawah Seksyen 3(2) Akta Imigresen. Peruntukan itu menyatakan ketua pengarah ada kuasa dalam semua perkara berkaitan imigresen, termasuk menghalang seseorang ke luar negara,” katanya.
Pautan: