Hanipa kembali ke Parlimen bertemankan tongkat

Hanipa kembali ke Parlimen bertemankan tongkat

Enam bulan selepas rebah di Dewan Rakyat, pemimpin Amanah itu bersedia berdebat lagi.

Bahasa,-Hanipa-Maidin,-Dewan-Rakyat
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang jatuh sakit ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat April lalu hari ini kembali ke Parlimen dan menyatakan kesediaannya berdebat.

Peguam dan bekas pemimpin PAS yang lantang itu ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen pada hari pertama sesi baharu Dewan Rakyat dilihat memegang sebatang tongkat bagi membantu pergerakannya.

“Saya lebih sihat… masih menjalankan fisioterapi tetapi bukan hari-hari,” katanya.

Beliau yang kini menyertai Amanah juga sempat bergurau akan menyertai perbahasan mana-mana akta baharu selagi ia datang daripada Barisan Nasional (BN).

Pada 4 April, sidang Dewan Rakyat ditangguh 15 minit selepas beliau rebah, beberapa minit selepas terlibat dalam perbahasan hangat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung isu pindaan Akta Syarikat.

Beliau kemudian menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami pendarahan otak.

Pautan:

4 bulan selepas rebah, Hanipa Maidin ‘rindu’ Umno

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.