KPKT: Kerajaan cadang selaras harga, kuota rumah mampu milik

KPKT: Kerajaan cadang selaras harga, kuota rumah mampu milik

Halimah berkata, kementeriannya sedang menyediakan kertas kerja tersebut dan akan membentangkan perkara itu kepada Majlis Perumahan Negara.

halimah
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menyelaraskan kuota dan harga rumah mampu milik di seluruh negara, kata timbalan menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kementerian itu sedang menyediakan kertas kerja tersebut dan akan membentangkan perkara itu kepada Majlis Perumahan Negara.

“Kita mahu selaraskan kuota dan harga rumah yang ditentukan kerajaan negeri melalui Dasar Perumahan Negeri,” katanya selepas merasmikan seminar ‘Pasaran Hartanah Malaysia: Peluang Di Sebalik Ketidaktentuan’, hari ini.

“Kini, setiap negeri mempunyai kuota berbeza, ada yang meletakkan 50%, 40% dan ada yang mengambil mudah akan perkara ini.

“Jadi, kita akan bentangkan kertas kerja untuk menyelaraskanya berdasarkan nilaian rumah yang dicadangkan kerajaan negeri dalam kuota pembinaan rumah mampu milik ditetapkan,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.