
“Dia nak kita berjuang untuk Melayu sahaja, tetapi di negara ini, kita perlu untuk berjuang untuk bangsa lain juga,” kata perdana menteri paling lama memegang jawatan itu kepada wartawan selepas pengumuman barisan kepimpinan parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pengerusi PPBM itu berkata, Ibrahim sekadar pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), bukannya parti politik.
Bekas perdana menteri itu yang juga penaung Perkasa itu mengulas pemerhatian Astro Awani di mana Ibrahim kebelakangan ini dilihat menjauhkan diri daripada beliau.
Bulan lalu, Ibrahim menggesa rakyat tidak mengaitkan Perkasa dengan PPBM.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, kedua-dua calon pemilihan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Hillary Clinton “sama buruk”, namun beliau menyokong Clinton sebagai presiden ke-45 kerana rakyat Malaysia lebih mengenalinya.
“Tetapi itu adalah Amerika Syarikat, sebuah negara yang memerintah dunia (tetapi) tidak tahu bagaimana memilih pemimpin baik,” katanya berseloroh ketika diminta memberi pandangan mengenai pemilihan presiden AS pada 8 November ini.