Adenan komited dapatkan kembali hak Sarawak

Adenan komited dapatkan kembali hak Sarawak

Pada masa sama, ketua menteri Sarawak itu berkata hasil positif dicapai mengenai isu utama negeri itu menerusi perbincangan dengan perdana menteri.

Adenan-Satem_sarawak_600_1
KUCHING:
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau komited untuk memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara stabil dan bersatu padu, tanpa wujud perasaan benci-membenci dan curiga-mencurigai dalam kalangan rakyatnya.

“Bagaimanapun, sudah banyak kali saya nyatakan secara tegas saya juga tetap komited melindungi dan mendapatkan kembali hak negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Sarawak di sini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan majlis tertinggi parti pimpinannya, Pesaka Bumiputera Bersatu.

Mengenai perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Adenan berkata hasil positif dicapai mengenai isu utama seperti permintaan untuk menambah royalti minyak dan gas negeri serta penurunan kuasa pentadbiran.

“Saya akan jelaskan secara lebih terperinci tentang pencapaian kami setakat ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri dari 21 hingga 30 November nanti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.