Pulau Pinang akan miliki hospital patuh syariah pertama

Pulau Pinang akan miliki hospital patuh syariah pertama

Yayasan Islam Pulau Pinang memilih Hospital Pakar An-Nur di Selangor, sebuah hospital patuh syariah sebagai operator Hospital Islam Pulau Pinang.

Datuk-Abdul-Malik-Abul-Kassim
GEORGE TOWN:
Hospital Islam berkonsepkan patuh syariah yang pertama akan dibina di Pulau Pinang, kata exco hal ehwal agama Islam, perdagangan dalam negeri dan pengguna.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, hospital itu akan dibina di atas tanah kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Bayan Baru.

“Tapak cadangan pembangunan Hospital Islam Pulau Pinang terletak di persimpangan Jalan Mayang Pasir 1 dan Jalan Mayang Pasir 2, di Bayan Baru dengan keluasan 10,265 meter persegi,” katanya ketika menggulung Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri, pada Khamis.

Beliau berkata, hospital dengan kos RM280 juta itu terdiri daripada sebuah bangunan 14 tingkat, termasuk 7 tempat letak kereta dan dilengkapi 200 bilik pesakit dengan tumpuan kepada bidang perubatan pediatrik, ginekologi, endoskopi dan kardiologi serta kemudahan pembelajaran dan ruang perniagaan.

Beliau berkata, Yayasan Islam Pulau Pinang memilih Hospital Pakar An-Nur di Selangor, sebuah hospital patuh syariah sebagai operator Hospital Islam Pulau Pinang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.