Gangguan bekalan air mungkin tamat lebih awal, kata Syabas

Gangguan bekalan air mungkin tamat lebih awal, kata Syabas

Kenyataan Syabas itu memberi kelegaan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang yang terlibat dengan gangguan tersebut.

kerja-penyelenggaraan-bukit-bradong-tnb-1
KUALA LUMPUR:
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan gangguan bekalan air di Lembah Klang berkemungkinan selesai lebih awal daripada jangkaan iaitu sebelum malam Krismas.

Syabas berkata ia yakin proses pemulihan bekalan air dapat disegerakan. Ini bermakna ia akan menamatkan gangguan bekalan air di Lembah Klang lebih awal yang dijadualkan bermula esok hingga malam Krismas.

Gangguan bekalan air sepanjang musim cuti ini mengecewakan orang ramai, dengan penduduk Lembah Klang meluahkan rasa tidak puas hati melalui Internet, petisyen dilancarkan, dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa ia tindakan “tidak sensitif”.

Apa sahaja yang berlaku, bekalan air pasti akan kembali normal pada Hari Krismas.

Syabas juga memberi amaran mengenai berita palsu yang tersebar mengenai topik ini.

“Merujuk kepada gangguan air pada 19 Dis akibat kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad di pencawang Bukit Badong, banyak Jadual Bekalan Air dan maklumat grafik tidak rasmi mengenai perkara itu sedang beredar di media sosial,” amaran Syabas.

TNB menjelaskan hari ini yang gangguan berkenaan adalah perlu kerana ia perlu dilakukan segera. Sebelum ini ia berkata pembaikan dijadualkan pada tempoh ini kerana penggunaan air adalah paling rendah.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/18/ahli-parlimen-dap-gesa-tnb-tunda-kerja-selenggara/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.