Kereta api tergelincir di Kelantan

Kereta api tergelincir di Kelantan

Kesemua 50 penumpang terselamat walaupun kereta api yang dinaiki tergelincir kerana tanah runtuh akibat hujan lebat

ktm
PETALING JAYA:
Hujan lebat di pantai timur Malaysia Barat mengakibatkan tanah runtuh yang menyebabkan sebuah kereta api tergelincir pagi tadi di laluan Bukit Abu-Dabong di Kuala Krai, Kelantan.

Perkhidmatan kereta api di laluan itu terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi tetapi laluan pantai timur yang lain masih beroperasi seperti biasa.

Ketua Komunikasi Korporat KTMB Ridhwan Arshad memberitahu FMT: “Berdasarkan laporan awal yang kami terima pagi tadi, kira-kira 50 penumpang terbabit dalam kejadian itu dan tiada yang terbunuh atau cedera.

“Mereka yang terkesan dipindahkan ke stesen berhampiran dengan bas. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan sistem dalam masa 48 jam.”

Ridhwan berkata KTMB tidak akan menghentikan perkhidmatan kereta api ke pantai timur.

“Laluan lancar dari Gemas ke Gua Musang dan Tanah Merah. Sekiranya kereta api menuju ke pantai timur terjejas akibat banjir, kami akan sediakan pengangkutan alternatif seperti bas untuk menghantar mereka yang terkandas ke stesen berhampiran.”

Katanya KTMB akan menjaga kepentingan para penumpang secara berterusan.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk meringankan beban penumpang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.