Ancaman bom, 3 pesawat ke KL diperiksa pihak berkuasa India

Ancaman bom, 3 pesawat ke KL diperiksa pihak berkuasa India

Pihak keselamatan bertungkus lumus memeriksa setiap barangan, termasuk beg tangan, lebih 500 beg berdaftar, ruang kargo, troli makanan dan botol arak.

india_malaysa_malindo_air_cisf_boom_6001
PETALING JAYA:
Lebih 400 penumpang Malaysia Airlines dan Malindo terpaksa menunggu sehingga 9 jam Isnin lalu selepas pihak berkuasa India bertindak memeriksa semua pesawat yang dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur dari Mumbai, susulan panggilan mendakwa terdapat bom di dalam salah satu penerbangan ke Kuala Lumpur.

Times of India melaporkan anggota Pasukan Keselamatan Industri Pusat (CISF) memeriksa 443 penumpang dan 511 bagasi yang didaftar masuk sebelum ketiga-tiga pesawat dibenarkan terbang.

Ia melibatkan 2 penerbangan 11.25 malam Malindo Air OD-216 dengan 140 penumpang dan Malaysia Airlines MH-195 (158 penumpang), dan Malaysia Airlines MH-187 (145 penumpang) yang sepatutnya berlepas 2 pagi.

Pihak keselamatan bertungkus lumus memeriksa setiap barangan, termasuk beg tangan, ruang kargo, troli makanan dan botol arak, sebelum membuat keputusan panggilan yang tidak dikenali itu palsu.

Polis India berkata tidak ada seorang pun penumpang yang merungut walaupun terpaksa menunggu berjam lamanya sebelum dibenarkan terbang hampir 4 pagi.

“Sebaliknya, mereka dengan rela hati mahu kami melakukan pemeriksaan badan. Mereka tidak mahu apa-apa perkara tidak diingini berlaku ketika terbang,” menurut jurucakap polis dipetik Times of India.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.