
Peguam Surendra Ananth berkata, Mahkamah Rayuan menetapkan 3 Feb untuk mendengar rayuan Peguam Negara.
“Kami dimaklumkan semasa pengurusan kes awal minggu ini yang panel khas akan mendengar rayuan itu,” kata Surendra.
Beliau berkata permohonan Peguam Negara ditetapkan di Mahkamah Tinggi semasa pendengaran semakan kehakiman ditetapkan pada 13 Feb
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan, yang membenarkan permohonan Nurul Izzah dan pengundi awal bulan ini, menetapkan 15 Feb untuk mendengar merit kes itu.
Azizul berkata permohonan itu bukan perkara remeh dan pemohon mempunyai kedudukan undang-undang untuk memfailkan kes itu.
Beliau berkata SPR hanya terlibat dalam proses membuat keputusan dan ia terdedah kepada semakan kehakiman oleh mahkamah.
Pemohon yang memfailkan permohonan semakan kehakiman pada November lalu menamakan SPR, pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan setiausaha Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.
Nurul Izzah berkata persempadanan semula itu bertentangan prinsip asas – “satu orang, satu undi, satu nilai”.
“Tetapi 59 tahun selepas Merdeka, Malaysia menjadi semakin terkenal dengan persempadanan semula dan pembahagian kerusi yang akan memihak kepada penyandang kerusi itu,” katanya.
Pada 15 Sept, SPR mengiklankan notis dalam akhbar utama untuk pembahagian semula sempadan kawasan pilihan raya bagi Semenanjung dan Sabah.
Pada masa ini, SPR sedang menjalankan siasatan untuk menyediakan laporan dikemukakan kepada Parlimen, yang mesti dilakukan dalam tempoh 24 bulan.
Persempadanan semula: Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Selangor