4 maut rumah terbakar di USJ Subang

4 maut rumah terbakar di USJ Subang

Bomba berkata setakat ini identiti semua mangsa belum dapat dipastikan.

saniharun
PETALING JAYA: Empat individu ditemui mati dalam kebakaran di sebuah rumah teres 2 tingkat di Jalan USJ 2/3, dekat sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata setakat ini identiti semua mangsa belum dapat dipastikan.

Menurutnya, 3 mangsa ditemui di dalam bilik tidur manakala seorang lagi dalam bilik air.

Katanya, dalam kebakaran yang bermula kira-kira 5.30 pagi itu 80% rumah berkenaan musnah terbakar.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 6 pagi tadi. Seramai 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Seksyen 7 terlibat dalam memadam kebakaran berkenaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.