
Tan Sri Ali Hamsa berkata, kos menaja seorang pelajar perubatan melanjutkan pelajaran di luar negara kadangkala mencecah RM1 juta atau lebih berbanding kos pendidikan di universiti tempatan yang jauh lebih rendah.
Beliau menyifatkan ia sebagai “sejumlah wang besar” dan akan mendapatkan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyokong dakwaan itu.
Katanya, pelatih itu dipecat kerana ponteng kerja akibat tidak tahan dengan tekanan berkhidmat di hospital kerajaan.
“Ada pelatih hospital dikenali sebagai doktor pelatih yang hilang sehingga 400 hari pada satu-satu masa. Mereka bagaimanapun terlepas kerana ini.
“Ini adalah masalah besar dan kita perlu mencari puncanya serta memperbaikinya, tetapi saya rasa ia disebabkan tekanan kerja,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.
Ali berkata, ia mungkin disebabkan dasar pelatih hospital dibenarkan mengikut pasangan mereka ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran sebagai satu lagi punca kenapa ramai yang ponteng kerja.
Katanya, beliau sudah bercakap dengan pengurus berkenaan untuk mengkaji semula dasar itu.
Beliau mengingatkan ibu bapa tidak memaksa anak menjadi doktor kerana “ada ramai yang menjadi doktor disebabkan ibu bapa memaksa mereka berbuat demikian. Ini adalah salah satu sebab mereka mungkin menghadapi tekanan apabila mula bekerja.”
Ditanya negara ini mempunyai terlalu ramai penjawat awam berbanding negara lain, Ali berkata, perbandingan itu tidak tepat kerana tidak mengambil kira perkhidmatan kritikal, tentera atau bomba.
“Itu mungkin sebab kita seolah-olah lebih besar dari segi statistik kerana kita mengambil kira semua sektor.
“Pengiraan negara lain (untuk sektor awam mereka) berbeza, anda perlu membandingkan epal dengan epal untuk mendapatkan gambaran tepat.”
Awal bulan ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, terdapat seorang penjawat awam kepada setiap 19.37 orang di negara ini.
Borneo Post melaporkan nisbah penjawat awam kepada penduduk di negara lain seperti Singapura ialah 1:71.4 orang, Indonesia 1:110 orang, Korea 01:50 orang, China 1:108 orang, Jepun 1:28 orang, Rusia 1:84 orang dan United Kingdom 1:118 orang.