Pendakwa khas perlu dilantik siasat kes mati dalam lokap

charles-zaid

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP mendesak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melantik pendakwa raya khas secara serta-merta untuk mengendalikan kes kematian S Balamurugan ketika berada dalam tahanan polis, bulan lalu.

Charles Santiago yang juga ahli Parlimen Klang berkata Zahid sebagai menteri dalam negeri perlu bertanggungjawab apabila berlaku individu meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis.

Katanya, ini tanggungjawab Zahid untuk memantau pasukan polis.

“Kisah sedih dalam kes kematian dalam tahanan ialah ada mayat tapi tanpa pelaku.

“Isteri dan anak Balamurugan perlu tahu keadaan kematiannya, dan begitu juga dengan masyarakat umum.

“Demi keadilan dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis, menteri dalam negeri perlu melantik pendakwa raya yang bekerja dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Santiago jawapan bertulis Zahid menyatakan kerajaan tidak akan menubuhkan sebarang jawatankuasa kerana polis dan EAIC sedang menyiasat perkara itu.

Katanya, jawapan itu hanya pendekatan jangka pendek dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan pengabaian tugas.

“Walaupun ada banyak kes kematian dalam tahanan polis, tidak ada anggota polis yang pernah didakwa di mahkamah.

“EAIC tidak kuasa pendakwaan. Ia tidak menjadi penghalang untuk menyeksa dalam tahanan polis,” katanya.

Santiago awal minggu ini berkata Kementerian Dalam Negeri menyatakan terdapat 1,654 kes kematian dalam tahanan sejak 2010, dengan purata 19 kes sebulan.

Bulan lalu, Balamurugan mengalami kecederaan dalaman dan muntah darah di mahkamah hingga, dan majistret kemudian tidak membenarkan dia ditahan reman, sebaliknya diarahkan dibawa ke hospital serta-merta.

Bagaimanapun, beliau dibawa balik ke lokap balai polis Klang Utara dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam