Kit Siang: Najib takut rakyat, kami dah ramal debat tak akan jadi

Kit Siang: Najib takut rakyat, kami dah ramal debat tak akan jadi

Jelas sekali, kerajaan Najib semakin takut dengan rakyat yang menuntut akauntabiliti terhadap skandal 1MDB, kata Kit Siang.

Lim-Kit-Siang
PETALING JAYA: Lim Kit Siang menyifatkan keputusan polis membatalkan permit debat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai bukti pentadbiran Datuk Seri Najib Razak “semakin takut” dengan tuntutan rakyat yang mahukan akauntabiliti dalam isu 1MDB.

Berucap pada majlis makan malam anjuran DAP di Batu Pahat malam tadi, Ketua Parlimen DAP mendakwa Najib, perdana menteri dan menteri kewangan, tidak mempunyai jawapan kepada siri persoalan mengenai kontroversi yang menyelubungi firma pelaburan itu.

Beliau berkata, situasi negara pada hari ini dalam mewujudkan platform berhujah dengan terbuka sudah berubah berbanding apa yang disaksikan 5 dekad yang lalu.

“Empat puluh sembilan tahun lalu pada 24 November 1968, saya telah mengambil bahagian dalam debat awam enam jam dengan Profesor Naguib Alatas, kemudian mewakili Parti Gerakan, dengan hadirin yang padat di Auditorium MARA di Kuala Lumpur,” kata beliau.

Sebaliknya, kata beliau, debat antara Dr Mahathir dan Nazri terpaksa dibatalkan selepas polis menarik balik permit bersyarat yang diberikan kepada pihak penganjur, Sinar Harian kelmarin.

“Adakah kita mencapai kemajuan dalam demokrasi dan hak asasi manusia atau kita mundur dan pergi ke belakang dalam tempoh enam dekad ini,” kata beliau sambil menyoal, “di mana debat antara bekas perdana menteri dan menteri Kabinet di premis persendirian boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan dan perlu diharamkan oleh pihak polis dalam (proses yang dilihat sebagai) penyalahgunaan kuasa.”

Ahli Parlimen Gelang Patah ini berkata, ramalan mereka yang pentadbiran Najib tidak akan membenarkan debat terbukti tepat kerana pihaknya telah dapat membaca dengan tepat “mood politik, watak dan kualiti pentadbiran Najib.”

“Jelas sekali, kerajaan Najib (semakin) takut dengan rakyat yang menuntut akauntabiliti terhadap skandal 1MDB,” katanya.

Kata beliau, Najib tidak mempunyai jawapan kepada tuntutan-tuntutan ini dan tidak dapat membersihkan Malaysia daripada siri kutukan, penghinaan dan azab yang dianggap di seluruh dunia sebagai “kleptokrasi global.”

Beliau berkata, ini adalah sebab untuk “bersandiwara” dan satu tragedi apabila lokasi asal debat diubah dari Padang Rengas ke Shah Alam, dan kedua-duanya disekat oleh pihak polis.

Debat pada asalnya dijadual untuk dilangsungkan pada 25 Mac lalu. Bagaimanapun pihak polis menolak permohonan permit untuk mengadakan acara tersebut.

Di Melaka malam tadi, Dr Mahathir mempersenda keputusan polis yang membatalkan permit kebenaran debat atas alasan aduan daripada penduduk.

Sebaliknya tegas beliau, keputusan pihak polis tidak membenarkan debat pada Jumaat ini dibuat “kerana takut.”

Susulan keputusan polis semalam, Sinar Harian mengumumkan pihaknya terpaksa membatalkan program itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada ketua polis daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, petang semalam.

Kelmarin, beliau mengumumkan pihaknya mendapat kebenaran untuk mengadakan program itu dengan beberapa syarat yang digariskan pihak polis.

Dalam surat dikeluarkan kelmarin, ketua polis daerah memberi keizinan dengan syarat memastikan peserta tidak melakukan apa-apa perbuatan membuat apa-apa penyataan yang akan mengganggu ketenteraman. Karangkraf juga diberitahu agar memastikan debat tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Hussamuddin berkata: “Pelik, dialog Tun M vs DS Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ini terima surat batal permit. Payah!!”

 

Mahathir dakwa polis batal permit debat kerana takut

 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/01/polis-batal-permit-debat-mahathir

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.