
Beliau beranggapan muktamar pada tahun ini akan diadakan pada Jun, sedangkan tarikh dan lokasinya sudah ditetapkan sejak sebulan yang lalu.
“Bila muktamar? Lambat lagi, biasanya bulan Jun,” jawabnya kepada pemberita di Dewan Rakyat, walaupun ditegaskan muktamar diadakan pada April.
“Saya tidak tahu dan tidak dimaklumkan,” katanya yang mengakui beliau masih menjadi ahli PAS dan turut memberi penegasan hanya akan hadir pada muktamar bulan Jun nanti.
Muktamar PAS yang akan diadakan di Kedah itu bakal menentukan hala tuju parti Islam itu yang masih samar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Muktamar kali ini juga merupakan perhimpunan kali pertama PAS selepas 2 tahun setelah menyingkirkan beberapa tokoh veteran.