Pindaan larang tukar agama anak ditangguh kerana usul Hadi ditunda, soal DAP

M-KulasegaranPETALING JAYA: Adakah MIC dan MCA berkompromi dengan Umno dan bersetuju menangguhkan pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA) sebagai tukar kepada keputusan kerajaan tidak membentangkan usul Hadi, soal DAP hari ini.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran menyoal adakah itu menjelaskan mengapa MIC dan MCA “berdiam diri” ketika pindaan LRA ditangguhkan pada 6 April, menyifatkan kebisuan mereka sebagai “membingungkan”.

“(Presiden MIC) S Subramaniam dan (Presiden MCA) Liow Tiong Lai perlu menjelaskan mengapa mereka berdiam diri apabila pindaan LRA ditangguhkan. Mereka tidak boleh berdiam diri dalam isu ini.

“Masyarakat juga ingin tahu – apakah ada sejenis persetujuan dan kompromi rang undang-undang pindaan LRA ditangguhkan apbila majlis tertinggi BN bersetuju kerajaan tidak akan membentangkan rang undang-undang persendirian (Presiden PAS) Hadi Awang?” soal Kulasegaran.

Beliau mengulangi seruan yang dibuat minggu lepas pada 10 April, menyeru parti komponen BN menyatakan pendirian mengenai penangguhan pindaan LRA yang akan melarang penukaran agama anak secara sebelah pihak.

Minggu lepas, Kulasegaran apakah ada sejenis konsensus dalam kalangan BN untuk menangguhkan pindaan LRA, sepertimana MCA dan MIC membantah BN membentangkan rang undang-undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Beliau merujuk kepada pengumuman mengejutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 Mac lalu di mana kerajaan tidak akan mengambil usul Hadi itu.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan itu mengambil kira persetujuan parti komponen mereka iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

Kulasegaran, yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, berkata Datuk Seri Subramaniam dan Datuk Seri Tiong Lai terlibat dalam usaha menylesaikan isu berkaitan LRA melalui pindaan undang-undang di Parlimen.

Bagaimanapun, beliau menambah kedua-dua pemimpin BN itu tidak membantah apabila penangguhkan diumumkan.

Bacaan kali ke-2 rang undang-undang LRA dijadualkan pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bagaimanapun pada 6 April, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan ditangguhkan ke persidangan Dewan Rakyat akan datang.