DAP: PRU14 bukan 3 penjuru sebab PAS ‘sekutu’ BN

DAP: PRU14 bukan 3 penjuru sebab PAS ‘sekutu’ BN

Kata Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, PAS bukan parti pembangkang tulen kerana parti itu sekarang bersekutu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tan-Kok-wai
KUALA LUMPUR:
Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok wai meminta semua pihak dalam Pakatan Harapan menganggap PAS sebagai sekutu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Kok Wai berkata demikian ketika perwakilan komponen di Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan 2017 di Cheras hari ini rancak membincangkan mengenai kelancaran rundingan pembahagian kerusi.

“PAS bukan parti pembangkang tulen kerana parti itu sekarang bersekutu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Ahli Parlimen Cheras ini dalam ucapannya.

“Kalau ada calon PAS, calon Umno dan calon Pakatan Harapan, sebenarnya pertandingan masih 1 lawan 1, bukan 3 penjuru.”

PAS, seperti Umno, menyasarkan DAP dalam serangan mereka kebelakangan ini. PAS itu secara konsisten menegaskan tidak mahu ada sebarang hubungan dengan DAP, sebagaimana diputuskan dalam muktamar 2 tahun yang lalu.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.