
Tambang promosi daripada RM69 hingga RM1,999 itu boleh didapati mulai sekarang hingga 21 Mei 2017 dan sah untuk semua tempahan dalam talian, di semua kaunter pejabat jualan tiket Malindo Air dan agensi pelancongan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, tambang yang menarik itu adalah untuk penerbangan domestik Malaysia ke Singapura, Australia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, China, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal.
“Kami juga melancarkan jualan global serentak untuk penerbangan dari Singapura, Australia, India, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka dan Pakistan ke Kuala Lumpur untuk kelas ekonomi dan perniagaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy.
Untuk tempahan dan pertanyaan, pelanggan boleh layari malindoair.com, e-mel Pusat Khidmat Pelanggan di [email protected] atau hubungi +603-7841 5388 mulai 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.