Idris Jusoh: Tiada kenaikan yuran ijazah pertama

Idris Jusoh: Tiada kenaikan yuran ijazah pertama

Idris Jusoh menyangkal dakwaan pelajar perlu bayar yuran pengajian melebihi RM3,000.

idris-jusoh-tiada-kenaikan-yuran
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar mengikuti program ijazah pertama di universiti awam (UA) tidak akan dinaikkan.

Beliau menegaskan demikian sekali gus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya (UM) membenarkan Fakulti Kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.

“Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini. Fakulti Kejuruteraan pun sama, mereka (pelajar) hanya perlu bayar sekitar RM3,000.

“Tidak ada perkara sebegitu seperti pelajar perlu membayar lebih daripada itu walaupun di UM,” katanya selepas pelancaran Persidangan Pelaksanaan Autonomi Universiti Awam 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini.

Bagaimanapun, Idris berkata, terdapat kursus lain bersifat swasta yang ditawarkan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), namun kebiasaannya pelajar hanya perlu membayar RM3,000 sahaja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.