4 remaja bakal didakwa bunuh Nhaveen

nhaveen-3GEORGE TOWN: Empat daripada 5 remaja yang menjadi suspek serangan ke atas T Nhaveen yang meninggal dunia minggu lalu akan didakwa hari ini atas tuduhan membunuh.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata mereka menghadapi tuduhan berasingan menyebabkan kecederaan parah terhadap T Previin, rakan Nhaveen.

“Salah seorang suspek akan dipanggil sebagai saksi bagi pihak pendakwa dan akan dibebaskan dengan bon polis di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah,” kata.

Nhaveen menghembuskan nafas terakhir pada Khamis di Hospital Pulau Pinang. Bedah siasat menunjukkan dia meninggal dunia akibat daya hentakan tumpul ke kepala.

Nhaveen diserang 5 pemuda dengan menggunakan topi keledar lewat 9 Jun.

Susulan itu, polis memberkas 5 lelaki, yang menurut guru dan keluarga Nhaveen selalu mengganggu pemuda itu.

Nhaveen mengalami pendarahan dalaman dan kecederaan pada bahagian abdomen dan alat kemaluannya.

Dia juga mempunyai tanda lecur akibat dicucuh rokok di belakang badannya, manakala duburnya ditembusi dengan objek tumpul.

 

Kami tersenyum walau seketika, keluarga Nhaveen hargai doa ikon muzik India