
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo berkata kempen itu antara lain mengandungi sesi ceramah dan penyebaran risalah untuk menyedarkan pembuli yang perbuatan mereka tidak lagi boleh diterima masyarakat.
“Mereka yang sengsara akibat dibuli akan dibantu menerusi talian ‘hotline’ yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang berita hari ini.
Jagdeep berkata menerusi kempen itu juga, kerajaan negeri akan membentuk sebuah pasukan petugas dan kumpulan sokongan perundangan bagi membantu mangsa.
“Kita lihat ramai budak lelaki dan perempuan yang berdiam diri dan bimbang mereka tidak dapat menjalani kehidupan produktif sebagai dewasa. Malah ada yang mengambil nyawa sendiri kerana tidak dapat menangani trauma psikologi akibat dibuli,” katanya.