Keluarga terima pencen Perkeso Nhaveen RM672 sebulan

Keluarga terima pencen Perkeso Nhaveen RM672 sebulan

Pengarah Perkeso Pulau Pinang turut menyerahkan sumbangan kematian RM2,000 kepada ibu Nhaveen.

nhaveen-socso-3
GEORGE TOWN:
Walaupun hanya bekerja selama 20 hari sebagai promoter kasut di sebuah pasaraya di Bayan Lepas, mangsa serangan ganas T Nhaveen, 18, menyumbang kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Lantaran itu keluarga Nhaveen bernasib baik, kerana walaupun beliau sudah meninggal dunia, Perkeso memberikan manfaat caruman Nhaveen kepada ahli keluarga dalam bentuk sumbangan kematian dan pencen bulanan.

Nhaveen koma selepas diserang sekumpulan pemuda dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas seminggu dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Awal hari ini, Pengarah Perkeso Pulau Pinang A Anthony Arul Dass menyerahkan sumbangan kematian RM2,000 kepada ibu Nhaveen, Dr Shanti, 43, seorang pekerja kilang.

Menurut Dass, berdasarkan manfaat caruman Perkeso, keluarga Nhaveen akan menerima pencen bulanan RM672. Ia akan dibahagikan antara bapa, ibu dan adik perempuannya yang berusia 16 tahun.

Ibu bapa Nhaveen akan terima pencen sehingga akhir hayat mereka, manakala adik perempuannya akan terima pencen itu sehingga berusia 21 tahun atau berkahwin.

Shanti, yang masih terkesan dengan pemergian Nhaveen, berterima kasih kepada Socso atas sumbangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita bersama Dass dan pegawai Perkeso di rumah flat mereka di Taman Tun Sardon di sini hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.