SPRM tahan bekas CEO Felda Investment Corporation

SPRM tahan bekas CEO Felda Investment Corporation

Bekas ketua pegawai eksekutif FIC itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam.

Simi-Abd-Ghani-fic
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.

Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.

Lelaki itu sebelum itu hadir ke ibu pejabat SPRM di sini sejak 9.30 pagi untuk memberi keterangan berkaitan kes berkenaan.

Simi berkata berkata SPRM akan membuat permohonan reman terhadap lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.