Bersekongkol dengan DAP lebih malu, Khairy jawab Dr Mahathir

Bersekongkol dengan DAP lebih malu, Khairy jawab Dr Mahathir

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak rasa untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Khairy-Jamaluddin-mahathir-mohamad-bendera-dap
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak rasa malu untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata, beliau akan merasa malu sekiranya bersekongkol dengan DAP, parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak ada apa-apa perasaan malu pun untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan ini. Kalau saya bersekongkol dengan DAP barulah saya rasa malu.

“Bagi saya, itu lebih memalukan. Mengikut rekod, pendirian (bekas perdana menteri Tun) Dr. Mahathir (Mohamad) berkenaan dengan DAP, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya, begitu jelas.”

Kahiry berkata demikian ketika mengulas soalan wartawan Mingguan Malaysia mengenai tindakan Dr. Mahathir terus menyerang kerajaan BN, yang 1 masa dahulu beliau pernah memimpin selama 22 tahun.

Terbaru, Dr Mahathir dipetik berkata perasaan malu sudah tidak ada dalam kalangan ramai anggota kerajaan hari ini apabila bersekongkol dengan kepemimpinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir yang keluar Umno tahun lalu baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi PH. Anwar merupakan ketua umum barisan pembangkang itu.

Dr Mahathir juga pernah berkata pada bulan lalu yang beliau tidak akan kembali ke pangkuan Umno jika pun Najib digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Mengulas lanjut, Khairy memberitahu, kelompok yang patut berasa malu adalah mereka yang bersekongkol dengan musuh tradisi Umno dan BN semata-mata hendak kejar jawatan, kemenangan dan kekalkan legasi.

“Itu maknanya politik yang tiada prinsip,” kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.