Peguam: Pengkritik keputusan kes ‘bin Abdullah’ wajar halusi alasan hakim

Ahmad-Munawir-newborn2KUALA LUMPUR: Seorang peguam syarie menggesa pihak mengkritik keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf menggunakan nama bapanya dan bukannya “bin Abdullah”, agar terlebih dahulu meneliti alasan penghakiman.

“Jika anda benar-benar mendakwa sebagai seorang Muslim, pertama sekali belajar dan perlu tahu apa yang terkandung dalam keputusan itu (Mahkamah Rayuan),” kata Ahmad Munawir Abdul Aziz semasa menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa keputusan itu tidak Islamik.

“Terdapat alasan perundangan. Jika mereka belajar (ia) lebih baik, mereka tidak akan begitu emosi seperti sekarang.

“Sekiranya mereka melihat alasan, mereka boleh mendapatkan gambaran lebih jelas tentang apa isu yang ada di hadapan mahkamah, dan sebab-sebab penghakiman,” kata beliau pada forum mengenai penamaan anak-anak tidak sah taraf, bertajuk “Bin Abdullah: Antara Stigma, Hak dan Agama” anjuran Sisters in Islam di sini hari ini.

Munwair berkata keputusan itu adalah demi kepentingan kanak-kanak terbabit.

Walaupun ia tidak mengubah status kanak-kanak terbabit, ia membolehkan mereka mengenal dirinya bersandarkan identiti bapa masing-masing, kata beliau.

“Dari awal lagi, mahkamah telah berkata persoalannya sama ada kanak-kanak yang tidak bersalah wajar diaibkan, dimalukan dan dihina sepanjang hayat,” katanya.

“Ini adalah isu di mahkamah. Undang-undang keluarga Islam sentiasa prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak.

“Kebimbangan utama mahkamah adalah kebajikan kanak-kanak. Jadi untuk mengatakannya (keputusan) adalah tidak Islamik tidak benar,” tambahnya.

Munawir berkata terdapat kritikan terhadap penghakiman, tetapi tidak perlu beremosi kerana terdapat dua sebelah pada duit syiling.

“Beberapa komen itu mengecewakan. Mereka tidak sensitif dan tidak menganggap latar belakang kepelbagaian kaum di negara ini, serta kedudukan undang-undang Islam di sini,” katanya.

Semalam, panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai ketua hakim negara membenarkan rayuan oleh Putrajaya.

Peguam, K Shanmuga yang mewakili pasangan Islam terbabit dan anak lelaki mereka membantah permohonan kebenaran dengan alasan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) terpakai kepada semua kanak-kanak tidak sah taraf tanpa mengira kaum atau agama.

Tiga soalan yang akan dijawab panel hakim semasa rayuan itu adalah:

* Sama ada dalam tafsiran sebenar di bawah perundangan Islam, istilah “bin” atau “binti” atas nama orang Islam merujuk kepada hubungan bapa;

* Sama ada mahkamah sivil boleh menentukan persoalan mengenai kesahihan kanak-kanak Islam dalam penamaan dan hubungan bapa;

* Sama ada Seksyen 13A BDRA terpakai untuk pendaftaran kelahiran kanak-kanak Islam yang membolehkan mereka dinamakan dengan individu yang mengakui dirinya bapa mereka.

Mahkamah Persekutuan turut membenarkan Majlis Agama Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk mengadakan arahan memerhati.

Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Johor untuk menjadi pencelah, bermakna mereka boleh membuat penghujahan kepada hakim.

Permohonan itu dibenarkan kerana ibu bapa terbabit, yang identiti mereka dirahsiakan, berasal dari Johor.

Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan 25 Julai lalu, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terikat kepada fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf.

Mahkamah itu berkata, bidang kuasa ketua pengarah JPN bersifat sivil dan terhad dalam menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu memenuhi syarat di bawah BDRA, yang merangkumi semua kanak-kanak tidak sah taraf, tidak kira Islam atau bukan Islam.

Mahkamah itu memutuskan fatwa bukan perkara wajib diterima undang-undang dan tidak boleh dijadikan asas undang-undang oleh ketua pengarah JPN dalam menentukan nama bapa seseorang anak yang tidak sah taraf mengikut Seksyen 13A (2) BDRA.

Rahman berkata, ketua pengarah JPN bertindak tidak rasional apabila jabatan itu mendaftarkan kanak-kanak terbabit berbinkan “Abdullah”, bertentangan hasrat ibunya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/08/mahkamah-persekutuan-akan-putuskan-jika-anak-luar-nikah-boleh-guna-nama-bapa/