Kotak hitam di Bukit Bintang bukan bom

Kotak hitam di Bukit Bintang bukan bom

Pasukan pemusnah bom dihantar ke sebuah pusat beli belah.

kotak-hitam
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa kotak hitam yang ditemukan berhampiran pintu masuk sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang di sini malam tadi, bukan bom.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata polis yang menerima panggilan mengenai penemuan mencurigakan itu menghantar sepasukan unit pemusnah bom ke lokasi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati objek itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan dan ia dimusnahkan pada kira-kira 1.50 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang meletakkan objek itu di lokasi kejadian sedang dibuat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.