Hans Isaac batal perkahwinan

Hans Isaac batal perkahwinan

Hans dan Gabrielle pada awalnya menetapkan tarikh 29 Julai untuk berkahwin.

hans-isaac
fmt-ohsem-inside-article1Pelbagai andaian mengenai hubungan Datuk Hans Isaac dengan tunangnya Gabrielle Robinson akhirnya terjawab selepas beliau mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya.

Pasangan itu berhadapan krisis perhubungan ekoran pendedahan seorang lelaki mengakui sebagai bekas teman lelaki Gabrielle.

Hans, 46, dan Gabrielle pada awalnya menetapkan tarikh 29 Julai untuk berkahwin namun menunda kepada suatu tarikh yang tidak dimaklumkan.

Hubungan itu akhirnya tiba di garis penamat selepas Hans akhirnya bersuara mengenai rancangan berkahwinnya yang dibatalkan.

Perkara itu diumumkan dalam laman Instagramnya menerusi status peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi, ”Never Doubt Your Instinct (Jangan meragui naluri anda)” dengan kapsyen ”A leopard will never change HER spots ! Time to move on” atau terjemahannya, “Harimau Bintang tidak akan bertukar bintiknya! masa untuk teruskan hidup.

Ia bermaksud seseorang itu tidak akan berubah dan sudah tiba masa untuk meneruskan hidup.

Walaupun status itu belum mengesahkan sepenuhnya mesej sebenar, tetapi komen-komen pengikutnya membawa bayangan berkenaan status hubungannya.

Perkara itu bagaimanapun disahkan oleh Hans sendiri dalam satu laporan di MStar Online apabila beliau mengakui perkara tersebut.

“Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Januari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

“Keputusan membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut,” katanya seperti dipetik laporan itu.

Hans juga memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang memberinya sokongan tidak berbelah bahagi selama ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.