
Pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pertahanan, Abd Khadir Hassan mengesahkan pembukaan tender itu. Beliau dihubungi FMT melalui nombor telefon dalam iklan kenyataan tawaran yang tersebar di media sosial.
“Iklan dibuka semalam. Setakat ini kita tunggu taklimat itu dilakukan. Kita iklan semalam dan taklimat tender akan dilaksanakan pada 9 November ini,” katanya.

Beliau menambah maklumat lanjut tender itu akan diterangkan pada taklimat tersebut yang akan diadakan pada 10.00 pagi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.
Menurut iklan itu, tender dibuka kepada mana-mana syarikat berdaftar di Malaysia atau individu perseorangan berwarganegara Malaysia.
Dokumen tender boleh diperolehi mulai 10 November ini di Wisma Pertahanan, dan tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang beralamat di Bangunan TH Selborn di ibu negara. Petender perlu mengemukakan sijil lawatan tapak semasa membeli dokumen tender.
Menurut iklan itu, tarikh tutup tender pada 20 November ini.