
“Bagi Akta Pencegahan Jenayah (Poca) pula, seramai 142 kanak-kanak ditangkap, manakala tiada kanak-kanak ditangkap di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota),” kata menteri dalam negeri menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Charles Santiago (DAP-Klang) yang meminta penjelasan mengenai perkara itu.
Sosma dan Poca memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menahan seseorang individu tanpa bicara.
Bagaimanapun, Zahid enggan mendedahkan maklumat mengenai penahanan Ang Kian Kok yang berumur 16 tahun di bawah Poca.
“Penama Ang Kian Kok ditangkap pada 13 September 2017 di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959. Kes ini masih di dalam siasatan PDRM.
“Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mendedahkan maklumat terperinci agar tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan,” kata timbalan perdana menteri.