Lelaki ditahan bantu siasatan kalimah Allah dalam pondok penyembahan

Lelaki ditahan bantu siasatan kalimah Allah dalam pondok penyembahan

Polis berkata suspek ditahan untuk siasatan berhubung perbuatan melukakan perasaan agama seseorang dan tingkah laku menghina.

Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop
Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Yusop meminta orang ramai bertenang dan berhenti membuat andaian atau provokasi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan isu kalimah Allah pada dinding sebuah pondok penyembahan di belakang kedai perkakasannya di Seriab, Kangar.

Penahanan itu susulan laporan polis dibuat Ketua Pemuda Umno Kangar, Saiful Fariddil Jasmi, hari ini. Beliau turut memuat naik sebuah klip video, di mana beliau dilihat menegur seorang lelaki.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Yusop, berkata suspek ditahan petang tadi untuk siasatan berhubung perbuatan melukakan perasaan agama seseorang dan tingkah laku menghina.

“Kami meminta orang ramai bertenang dan berhenti membuat andaian atau provokasi. Biar polis tangani perkara ini,” katanya dalam kenyataan.

Insiden ini menyusul kira-kira sebulan selepas kalimah Allah dan satu lagi istilah Islam ditulis pada dinding sebuah pondok penyembahan di Jasin, Melaka.

Pondok penyembahan itu kemudian dirobohkan susulan persetujuan pemilik tanah dan pihak berkuasa. Barang suci dari pondok terbabit dipindahkan ke lokasi lain selepas upacara keagamaan selesai dijalankan pemilik tanah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.