Musa: Contohi nabi pelihara perpaduan dengan bukan Islam

Musa: Contohi nabi pelihara perpaduan dengan bukan Islam

Ketua menteri Sabah berpesan di himpunan Maulidu Rasul supaya mencontohi Nabi Muhammad yang memberi amaran terhadap menindas bukan Islam.

musa--aman-islam
PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menyeru orang Islam di negerinya mencontohi prinsip dan sifat Nabi Muhammad memelihara perpaduan dengan orang bukan Islam.

Beliau berkata nabi melarang pengikut melakukan perkara negatif yang mungkin membawa kepada perpecahan rakyat.

“Kamu mesti ingat nabi contoh terbaik dalam memelihara hubungan dengan orang bukan Islam dan beliau memberi amaran kepada orang Islam jangan tindas orang bukan Islam,” kata Musa lapor Daily Express semalam.

“Nabi Muhammad contoh seorang pemimpin yang lebih banyak bekerja daripada bertindak, pemimpin yang mengajar nilai kesetiaan dan menekankan perasaan saling faham memahami.”

Berucap di pelancaran sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Tawau, beliau berkata Sabah tidak berdepan masalah agama walaupun rakyatnya pelbagai etnik dan kepercayaan.

Musa berkata keharmonian ikatan dalam kalangan masyarakat harus dipelihara.

“Saya yakin transformasi negara boleh dicapai dengan toleransi dan saling hormat menghormati,” tambahnya.

Sambutan itu menyakskan seorang superintenden kana polis, Douglas Nyeying Taong, seorang bukan Islam, diberi anugerah khas Maulidur Rasul atas semangat dan hubungan dengan masyarakat setempat.

Menurut Daily Express, anak jati Kapit, Sarawak itu turut menerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2015.

Douglas melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Sabah dan jabatan hal ehwal Islam negeri kerana mengiktiraf sumbangannya menyampaikan mesej keselamatan dan perpaduan sejak beliau bertugas di Sabah 5 tahun lalu.

“Saya harap usaha saya akan menjadi contoh kepada semua orang pelbagai kaum dan agama, lalu mengukuhkan perpaduan di Sabah,” katanya menurut laporan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.