
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah, Mas Azmimin Ahmad hari ini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim, pagi ini.
Pengurus pasukan berusia 38 tahun itu ditahan jam 3.25 petang semalam di sebuah lokasi di negeri ini kerana disyaki memberi rasuah kepada pemain pasukan lawan sebagai balasan memastikan kemenangan pasukannya dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) zon selatan, 25 November lalu.
Lelaki berkenaan hadir di mahkamah pada 9.40 pagi menaiki kenderaan SPRM dan memakai baju lokap SPRM. Turut hadir peguam mewakilinya Raftfizi Zainal Abidin.
Semalam, seorang ketua jurulatih bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.
Rasuah: Jurulatih skuad tempatan di Negeri Sembilan direman 5 hari