
Beliau berkata terpulang kepada calon itu sendiri sama ada mereka perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum bertanding kerana tugas sebagai wakil rakyat bukanlah mudah.
“Saya nasihatkan calon bermasalah kesihatan lebih baik tampil memaklumkan kepada perdana menteri menolak tawaran menjadi calon atas faktor kesihatan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata ini untuk mengelak daripada gagal melakukan tugas sebagai wakil rakyat sehingga akhirnya membebankan rakyat.
Beliau mengulas mengenai pendirian Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mewajibkan semua calon BN di negeri itu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menjadi calon pada PRU14.