
Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Peter Sten Erik Haggblom, 50, selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata kesat dan mengambil lalu memakai beret milik Mohd Saharudin Said seorang anggota polis bantuan pusat beli-belah Sunway Pyramid.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 3 hari jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pintu masuk utama pusat beli-belah Sunway Pyramid pada 2.45 petang, 29 Januari lepas mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan boleh dihukum bawah akta sama memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh namun lelaki itu tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan.