Selesai rundingan kerusi, PH Perak ke fasa mobilisasi

Selesai rundingan kerusi, PH Perak ke fasa mobilisasi

Khairuddin Abu Hassan berkata PH Perak hari ini mengadakan mesyuarat menyusun gerak kerja para ketua penerangan dan pegawai komunikasi.

Pengerusi-Jawatankuasa-Komunikasi-dan-Mobilisasi-PH
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi PH Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memberi taklimat kepada peserta.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) Perak kini berada di fasa mobilisasi selepas selesai rundingan kerusi Parlimen dan DUN Rabu lepas.

Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddn Abu Hassan berkata PH Perak hari ini mengadakan mesyuarat penerangan jawatankuasa mobilisasi dan komunikasi di Taiping untuk menyusun gerak kerja para ketua penerangan dan pegawai komunikasi PPBM, DAP, PKR dan Amanah dari seluruh Perak.

“Keseluruhan peserta dari parti-parti komponen PH Perak sudah menunjukkan kemantapan. Semua jentera yang terlibat telah berjaya memperkemaskan serta memperkuatkan gerak kerja peringkat akar umbi bagi menghadapi PRU14 yang dijangka berlaku pada bila-bila masa dari sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PH Perak dilaporkan sudah memuktamadkan fasa pembahagian 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum PRU14. Bilangan kerusi parti yang bertanding akan diumumkan dalam masa terdekat.

PH Perak kini sedang giat menjayakan ceramah Perdana Jelajah PH di beberapa kawasan terpilih, menampilkan pimpinan tertinggi gabungan itu termasuk calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, Mohamad Sabu berkata rundingan kerusi Parlimen dan DUN sudah selesai kecuali di Sabah dan Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.