Mahfuz dan bekas bos Harakah sertai sahabat lama dalam Amanah

Mahfuz dan bekas bos Harakah sertai sahabat lama dalam Amanah

Bekas pemimpin kanan PAS itu secara rasmi menyertai parti yang disokongnya selama ini.

mahfuz-amanah
Presiden Amanah Mohamad Sabu bersama (duduk dari kiri) Setiausaha Agung Anuar Tahur, Mahfuz Omar dan Rosli Yaakob.
KUALA LUMPUR:
Wakil rakyat Pokok Sena yang meninggalkan PAS awal tahun ini Datuk Mahfuz Omar hari ini secara rasmi mengumumkan keputusannya menyertai Amanah, parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS susulan perpecahan pada muktamar 2015 dulu.

“Saya keluar PAS selepas huru-hara berlaku, terutamanya berkenaan rancangan masa depan mereka. Kini mereka dilihat mesra Barisan Nasional (BN),” katanya Mahfuz pada sidang akhbar di luar Dewan Rakyat, ditemani Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Turut mengumumkan penyertaannya ke dalam Amanah hari ini ialah bekas pengarah urusan akhbar PAS Harakah, Dr Rosli Yaakob.

Rosli yang pernah menyandang jawatan penolong pengurus di Bank Negara Malaysia di samping mempengerusikan PAS Negeri Sembilan, berkata keputusannya disebabkan sokongannya terhadap PH dan visi Amanah untuk masa depan negara.

Keputusan Mahfuz hari ini tidak mengejutkan malah sudah dijangka, memandangkan Mahfuz secara terbuka dilihat menyebelahi Pakatan Harapan di samping menyertai program Amanah.

Mahfuz, yang pernah menjadi ketua Pemuda dan naib presiden PAS, berkata ramai ahli PAS menyuarakan sokongan mereka terhadap Amanah menjelang pilihan raya yang makin hampir, walaupun mereka tidak bersedia meninggalkan parti Islamis itu.

Mahfuz akhirnya keluar PAS

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.