
“Usaha kolektif diketuai Dr Mahathir, bagi saya, satu-satunya cara boleh dipercayai untuk menghalang keadaan bertambah buruk. Parti berbeza sudah ketepikan perbezaan mereka, dan juga logo parti mereka untuk bersatu atas perjuangan sama,” katanya.
Respons Rafidah kali ini merupakan sokongan paling jelas kepada Dr Mahathir, di tengah-tengah muat naik beberapa kiriman yang mengkritik pentadbiran Najib di Facebook.
Bekas menteri perdagangan itu, yang berkhidmat selama 2 dekad bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, turut menyokong Pakatan Harapan, gabungan 4 parti yang mana parti Dr Mahathir, PPBM, adalah sebahagian daripadanya.
“Mereka ada kepelbagaian kaum, sebagai rakyat Malaysia, dan berusaha untuk kebaikan dan kepentingan rakyat,” kata bekas ketua Wanita Umno itu.
Bagaimanapun beliau enggan berkata sama ada beliau akan mengikut jejak langkah Dr Mahathir keluar Umno atau menyertai PPBM.
Rafidah sebelum ini bertikam lidah dengan beberapa menteri, yang terbaru selepas statusnya di Facebook baru-baru ini mendakwa Najib turut terlibat dalam langkah memajakkan ribuan hektar tanah milik tentera dan Kementerian Pertahanan kepada syarikat swasta.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan itu, mengatakan ia sama sekali tidak benar.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14
Demi Allah, setiap inci tanah tentera diswastakan, kata Rafidah