
“Orang ini agak popular dalam kalangan orang tempatan dan tahu tentang isu semasa, terutamanya berkaitan Orang Asli,” kata sumber itu kepada FMT yang enggan mendedahkan identiti pemimpin PAS itu.
Individu itu meninggalkan PAS untuk menyertai PPBM tahun lepas.
“Semua akan diketahui minggu depan apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa mendedahkan senarai calon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan,” kata sumber itu.
Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, menjadi ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 dan dijangka bersara daripada politik sebelum ini.
Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan pimpinan Umno mahu beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
PPBM diberikan kerusi Parlimen Gua Musang, Jeli, Machang, Ketereh, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat, manakala PKR akan bertanding di Pasir Mas dan Tanah Merah.
Calon Amanah pula akan bertanding di Kuala Krai, Kota Bharu, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
Sumber itu berkata, calon Amanah akan bertanding di 23 kerusi DUN, PPBM (13 DUN) dan PKR (9 DUN).
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14