
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kelulusan permohonan pajakan itu juga dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas proses semakan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan).
“Ini kali ke-2 saya di sini selepas lawatan pertama pada November tahun lepas untuk menawarkan pajakan tanah persekutuan bagi tujuan tempat parkir guru.
“Dalam tempoh 6 bulan, 2 bidang tanah persekutuan dipajak demi kemajuan anak-anak kita, dan ini menunjukkan keprihatinan perdana menteri untuk institusi pendidikan dibantu sebaik mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan surat tawaran kepada sekolah itu.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalan Datuk Seri Wee Ka Siong juga hadir.