
“Kami akan berikan pertarungan yang hebat. Kami alu-alukan Nurul Izzah ke Permatang Pauh,” kata Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman kepada pemberita.
Satu “pasukan mantap” calon-calon Umno sudah dibariskan untuk pilihan raya nanti, katanya selepas senarai calon Barisan Nasional Pulau Pinang diumumkan.
Pagi tadi, PKR mengumumkan Nurul Izzah dicalonkan untuk kerusi Permatang Pauh. Ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang jug presiden parti akan bertanding di Pandan, Selangor.
PAS akan meletakkan pemimpin Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Pasukan Umno yang akan bertanding terdiri daripada Ketua Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said, dan calon untuk 3 kerusi DUN bawah kerusi itu: Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (Seberang Jaya); Anuar Faisal Yahay (Permatang Pasir) dan Suhaimi Sabudin (Penanti).
Senarai calon BN diumumkan Ketua BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini. Beliau berkata 31 daripada 53 calon adalah muka baharu; hanya 10 yang dicalonkan untuk dipilih semula.
Teng berkata 7 daripada calon baharu itu bawah 40, yang paling muda berusia 32 tahun. “Jika pengundi mahu kami mentadbir Pulau Pinang, kami bersedia, kami ada pengalaman,” katanya.
Calon yang mahu dipilih semula.
Parlimen:
Kepala Batas: Reezal Merican Naina Merican
Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya
Balik Pulau: Hilmi Yahaya
DUN:
Penaga: Mohd Zain Ahmad
Bertam: Shariful Azhar Othman
Pinang Tunggal: Roslan Saidin
Sungai Dua: Mohd Yusoff Mohd Nor
Sungai Acheh: Mahmud Zakaria
Pulau Betong: Muhammad Farid Saad
Telok Bahang: Shah Haedan Ayoob Hussain Shah
Muka baharu (* pernah bertanding):
Parlimen:
Bagan: Lee Beng Seng, Michael
Permatang Pauh: Mohd Zaidi Mohd Said
Bkt Mertajam: Gui Guat Lye
Batu Kawan: Jayanthi Devi Balaguru *
Nibong Tebal: Shaik Hussein Mydin
Jelutong: Baljit Singh Jigiri Singh
Tanjong: Ng Siew Lai *
Bkt Gelugor: Low Joo Hiap
Bayan Baru: Chuah Seng Guan
Bukit Bendera: Andy Yong Kim Seng
DUN
Sungai Puyu: Lim Hai Song
Bagan Jermal : Ang Chor Keong
Bagan Dalam: Dhinagaran Jayabalan
Seberang Jaya: Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin
Permatang Pasir: Anuar Faisal Yahaya
Permatang Berangan: Nor Hafizah Othman
Telok Ayer: Zamri Che Ros
Penanti: Suhaimi Sabudin
Berapit: Goh Swee Gim
Machang Bubok: Tan Teik Cheng *
Padang Lalang: Kuan Hin Yeep
Perai: Suresh Muniandy
Bukit Tengah: Thor Teong Gee *
Bukit Tambun: Hartini Tan Abdullah
Jawi: Kiew Hen Chong
Sg Bakap: Mohamed Sani Bakar
Padang Kota: Hng Khoon Leng
Pengkalan Kota: Lim Swee Bok
Komtar: Tan Hing Teik
Dato Keramat: Lee Boon Ten *
Sungai Pinang: Ng Fook On *
Batu Lancang: Koo Pei Chee
Seri Delima: Khoo Kay Teong
Air Itam: Tan Kah Leong
Paya Terubong: Wong Chin Chong
Batu Uban: Hng Chee Wey
Pantai Jerejak: Oh Tong Keong *
Batu Maung: Liakat Ali Mohamed Ali
Bayan Lepas: Rusli Hashim
Air Putih: Tang Heap Seng *
Kebun Bunga: Ooi Zhi Yi
Pulau Tikus: Loo Jieh Sheng *
Tanjung Bungah: Teng Chang Yeow *