Dr M terima sijil pendaftaran PH secara rasmi

Dr M terima sijil pendaftaran PH secara rasmi

Sijil itu diserahkan oleh Ketua Setiausaha KDN Alwi Ibrahim di ibu pejabat PPBM hari ini.

Free Malaysia Today
Ketua Setiausaha KDN Alwi Ibrahim menyerahkan sijil pendaftaran PH kepada Pengerusi PH Dr Mahathir.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima sijil pendaftaran Pakatan Harapan (PH) secara rasmi yang diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim sebentar tadi.

Penyerahan sijil itu dibuat di Ibu Pejabat PPBM di tingkat 8.

Semalam, PH dilapor berjaya didaftarkan sebagai sebuah gabungan, hampir setahun selepas ia dipohon, menurut gambar surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang disebarkan.

Malaysiakini melaporkan Setiausaha PH Saifuddin Abdullah mengesahkan perkara itu, namun memberitahu FMT supaya menunggu kenyataan daripada KDN.

Rabu lalu, PH berharap JPPM akan pertimbang semula permohonannya, dan pernah membuat tuntutan undang-undang terhadap jabatan itu kerana menangguh-nangguhkan pendaftarannya.

Gabungan itu dibentuk tahun lepas yang terdiri daripada DAP, PKR, PPBM dan Amanah. Tanpa pendaftaran itu, mereka tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14 sebagai calon PH.

Sebaliknya, semua calon PH bertanding atas tiket PKR, menggunakan bendera PKR sebagai lambang bersama.

Pendaftaran PH lulus? Nanti dulu, kata Saifuddin

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.