
Dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu dalam satu kenyataan menyebut, penebusan RCCPS bertindak sebagai pembayaran semula modal pemegang saham oleh Khazanah kepada Kementerian Kewangan (MOF)
Merujuk kepada artikel, “Former Malaysia government used money raised from Khazanah to pay 1MDB dues – sources” (Kerajaan Malaysia terdahulu gunakan wang yang diperoleh daripada Khazanah untuk membayar 1MDB – sumber) oleh Reuters hari ini, Khazanah berkata, sebagai pemegang tunggal RCCPS, MOF mempunyai hak untuk menebus RCCPS pada bila-bila masa.
Khazanah juga menyatakan pada 7 Mac 2011, pihaknya menerbitkan RCCPS RM3.0 bilion berkenaan kepada MOF.
RCCPS pada asasnya adalah suntikan modal yang mana MOF sebagai pemegang sahamnya 100% mempunyai hak untuk membeli semula (menebus) pada bila-bila masa.
MOF menebus RM1.8 bilion daripada RM3.0 bilion yang diterbitkan pada 14 Mac 2014.
Ia kemudiannya menebus RM1.199 bilion pada 11 Ogos 2017.