
Tiga syarikat itu ialah MyEG Services Sdn Bhd, Iman Resources Sdn Bhd dan Bukti Megah Sdn Bhd. Kontrak mereka akan luput akhir bulan ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali menurut laporan.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan program pengambilan semula akan berakhir 30 Jun ini mengikut jadual.
Pemberian kontrak kepada 3 syarikat itu dikritik kerana monopoli ke atas pemprosesan permohonan daripada pekerja asing tanpa dokumen, ditujukan kepada imigresen kerana memberikan tugas yang boleh dilakukan mereka.
Syarikat-syarikat itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa orang Umno.
Muhyiddin semalam berkata 744,942 pekerja asing didaftarkan dan diambil bekerja oleh 83,919 setakat ini.
Semalam, dia menyertai serbuan imigresen ke atas pekerja asing di Jalan Petaling. Dokumentasi 330 pekerja asing diperiksa dan 170 ditahan atas pelbagai kesalahan.
Sementara itu, Muhyiddin kesal atas kecuaian yang membawa kepada kehilangan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dikehendaki untuk disoal berkenaan 5 perkara jenayah.
“Kecuaian sudah berlaku dan saya tidak akan benarkan ia berulang,” kata Muhyiddin.
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dicari polis untuk perkara berbeza. Dia dan Jamal dipercayai berada di luar negara.
Muhyiddin memberi amaran mereka tidak boleh terlepas dari undang-undang. “Lebih baik mereka serah diri kerana polis akan ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya.