
Adun berkenaan ialah 11 orang daripada Umno; 6 (Parti Bersatu Sabah); 2 (Parti Solidariti Tanah Airku); dan masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan Upko.
Persidangan khas yang merupakan sidang DUN pertama selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lepas itu dimulakan kira-kira pukul 10.23 pagi tanpa kehadiran semua Adun berkenaan.
Selain pemasyhuran speaker Dewan, persidangan khas DUN Sabah itu turut menyaksikan upacara angkat sumpah seramai 43 Adun termasuk 3 Adun dilantik.
Upacara angkat sumpah itu didahului oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diikuti 3 timbalannya iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Christina Liew; dan Datuk Jaujan Sambakong.
Persidangan khas itu turut mengemukakan usul undi percaya kepada Shafie sebagai ketua menteri yang dikemukakan oleh Liew yang juga menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar negeri.