Mukhriz: Speaker DUN Kedah dari PKR, timbalan dari PPBM

Mukhriz: Speaker DUN Kedah dari PKR, timbalan dari PPBM

Menteri besar Kedah itu berkata, isu pelantikan speaker serta timbalan selesai dan sidang DUN akan diadakan 4 Julai ini.

Free Malaysia Today
Mukhriz Mahathir berkata, situasi politik di Kedah ‘terkawal, aman damai seperti biasa’.
PUTRAJAYA:
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata calon speaker and timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dikenal pasti.

Beliau berkata, isu pelantikan speaker DUN sudah selesai dan sidang DUN Kedah akan diadakan 4 Julai ini.

“Setakat ini, tiada sebarang masalah dengan pemilihan speaker.

“Calon speaker adalah dari PKR, manakala timbalan speaker pula dari PPBM,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini.

Berhubung situasi politik di Kedah, Mukhriz yang juga pengerusi Pakatan Harapan Kedah berkata, ia “terkawal, aman damai seperti biasa”.

Beliau turut menafikan Kedah akan mengadakan pilihan raya negeri di negeri itu.

“Tiada mana-mana parti mahu mengadakan pilihan raya negeri. Semua dah penat dari pilihan raya yang lalu.”

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor menjangkakan pilihan raya negeri di Kedah berikutan isu pelantikan speaker DUN.

Dilaporkan kos pilihan raya negeri di Kedah yang mempunyai 36 kerusi DUN dianggarkan mencecah RM18 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.