
Menteri Pengangkutan Anthony Loke di ruang legar Parlimen berkata penstrukturan SPAD haya akan berlaku selepas rang undang-undang membubarkan suruhanjaya itu diluluskan.
Ahli Parlimen Seremban ditanya mengenai spekulasi hanya 15% kakitangan akan dikekalkan.
“Itu cuma khabar angin. Buat masa ini belum ada keputusan tentang berapa ramai akan kekal dan berapa ramai akan hilang pekerjaan.
“Tetapi beza antara SPAD dan APAD ialah tiada lagi penguatkuasaan dilakukan bawah suruhanjaya itu.
“Semua penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya.
APAD ditugaskan untuk melaksanakan dasar pembangunan sektor pengangkutan awam darat.
Sebelum ini menteri berkata semua kakitangan SPAD akan diserap APAD.
Beliau hari ini berkata perkara itu mungkin berubah.
“Kakitangan SPAD tidak diambil bekerja bawah perkhidmatan awam tetapi bawah syarikat.
“Jadi, untuk mereka diserap ke dalam JPJ, mereka perlulah layak mengikut peraturan perkhidmatan awam,” katanya.