PH dominasi PAC walaupun pengerusinya BN

PH dominasi PAC walaupun pengerusinya BN

Seramai 8 ahli parlimen PH, 2 dari BN dan masing-masing 1 dari PAS dan PBB dalam senarai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Free Malaysia Today
Ronald Kiandee dari BN dilantik sebagai pengerusi, manakala naib pengerusinya Wong Kah Woh dari PH. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) dilihat mendominasi senarai ahli jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), walaupun pengerusinya ialah Ahli Parlimen Beluran dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ronald Kiandee.

Dalam senarai berkenaan, seramai 8 ahli parlimen dari PH dipilih, manakala hanya 2 ahli parlimen BN, PAS dan PBB pula masing-masing seorang wakil.

Antara ahli parlimen PH dari PKR ialah Wong Chen yang juga ahli parlimen Subang, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Bahru), Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) dan Steven Chong Shiau Yoon (Tebrau).

Manakala, ahli parlimen DAP pula terdiri daripada Wong Hon Wai (Bukit Bendera) dan Wong Shu Qi (Kluang).
Sementara, Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus mewakili Amanah dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya dari PPBM.

Ahli parlimen BN pula terdiri daripada Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin) dan Datuk Seri Hassan Ariffin (Rompin). Sementara, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS dan Robert Lawson Chuat mewakili PBB.

Robert merupakan satu-satunya ahli parlimen dari Sarawak yang dipilih ke dalam ahli jawatankuasa PAC.

Pada 7 Ogos lalu, Ronald dilantik sebagai pengerusi PAC, manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dilantik sebagai naib pengerusi PAC.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.