Berang dengar tangisan, pengasuh cubit bayi hingga lebam

Berang dengar tangisan, pengasuh cubit bayi hingga lebam

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya pada 20 Ogos lalu.

Free Malaysia Today
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
BUTTERWORTH:
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang bayi asuhannya, minggu lepas.

Mas Haimi Mohd Zaini, 33, didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Serdang pada 9.30 pagi, 20 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Che Rohana Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Nor Aziah Hasan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Media sebelum ini melaporkan pengasuh berkenaan didakwa mencubit bayi itu sehingga mendatangkan lebam di bahagian dada dan perut akibat berang dan tidak tahan apabila bayi tersebut sering menangis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.