Dr M pertahan PPBM: Hakikatnya, pengundi masih terikat faktor kaum

Dr M pertahan PPBM: Hakikatnya, pengundi masih terikat faktor kaum

Dr Mahathir berkata semua parti politik berdepan hakikat itu seperti PPBM.

Dr Mahathir bersama isteri, Dr Siti Hasmah Ali melambai kepada orang ramai semasa dibawa masuk ke Stadium Malawati.
SHAH ALAM:
Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil sikap berterus-terang dalam mempertahankan PPBM daripada pengkritik yang mempersoalkan perjuangan kaum parti itu.

Pengerusi PPBM itu berkata partinya menerima hakikat pertimbangan para pengundi apabila memilih pemimpin masih terikat dengan faktor kaum.

Beliau berkata keadaan itu jelas terbukti semasa pilihan raya, apabila calon yang diletakkan daripada kaum yang sama dengan majoriti pengundi.

“Ini kita lihat berlaku kepada semua parti politik. Kita masih belum sampai tahap kaum calon tidak lagi menjadi faktor,” katanya semasa berucap di majlis ulangtahun ke-2 PPBM di Stadium Malawati malam tadi.

Beliau berkata calon daripada kaum tertentu tidak akan dipertandingkan di kawasan-kawasan tertentu, kerana parti politik sedar akan sentimen pengundi.

“Hakikatnya, penduduk Malaysia, pengundi Malaysia masih terbahagi kepada berbagai kaum. Masing-masing ingin mengekalkan identiti kaum mereka,” katanya.

Lebih 1,000 ahli PPBM hadir ke stadium tertutup untuk untuk sambutan penubuhan parti Bumiputera itu.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafei Apdal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.