2 direman kes keracunan arak di Perak

2 direman kes keracunan arak di Perak

Kedua-dua lelaki terbabit ditahan dalam serbuan berasingan ke atas 2 kedai runcit petang semalam.

Kedua-dua lelaki itu ditahan di 2 kedai runcit berasingan. (Gambar Bernama)
IPOH:
Dua pemilik kedai runcit direman sehari bagi membantu siasatan kes keracunan alkohol yang menyebabkan 2 maut pada Isnin dan Selasa lalu.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki, masing-masing berumur 35 dan 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hafizah Mohd Pauzi, hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Kedua-dua lelaki terbabit ditahan dalam serbuan berasingan ke atas 2 kedai runcit petang semalam.

Dalam serbuan itu polis merampas 43 tin minuman keras jenama “KingFisher Extra Strong” dan 24 botol minuman keras jenama “KingFisher Premium”.

Setakat ini 2 kematian direkodkan manakala 3 sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan 2 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi.

Kes kematian melibatkan mangsa berumur 50 tahun yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke HRPB di Ipoh pada awal pagi Isnin dan seorang lagi berusia 39 tahun disahkan mati di Hospital KPJ pada awal pagi Selasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.